-

Taman Ku amat mengalu-alukan sebarang penulisan berkaitan dengan Taman Daya Maju ini. Sila e-mailkan sebarang berita, gambar atau apa saja yang anda fikir sesuai dengan blog ini ke tmndayamaju@gmail.com.

Sumbangan Anda Amat Dihargai.

Sunday, December 26, 2010

Sambutan Tahun Baru 2011


Pihak PPTDM akan menganjurkan satu majlis Sambutan Tahun Baru 2011 pada ketetaqpan berikut :

Tarikh : 31 Disember 2010 (Jumaat)

Masa : 9.00 malam hingga 12.00 tgh malam

Acara : BBQ, makan-makan, karaoke, nyanyian lagu Negaraku dan pertunjukan bunga api***

Jamuan : Ahli yang hadir diminta membawa sedikit juadah kuih-muih atau buah-buahan (sikit-sikit je...)

Bayaran : RM20 sekeluarga (untuk bahan BBQ dan minuman)

** memo khas akan dikelaurkan untuk keterangan acara (setalah taklimat AJK diadakan)



Treasure Hunt TDM 2010/2011


Program 'Treasure Hunt' kelolaan Biro Sukan masih dibuka untuk pendaftaran. Perincian adalah seperti berikut :

Tarikh : 9 Januari 2011 (Ahad)***

Masa : 8.30 pagi.

Tempat : Sekitar TDM dan Taman Rekriasi Setia Alam

Pendaftaran : RM20 untuk sebuah keluarga (satu kereta)

Sasaran : 20 keluarga (minimum)

Hadiah : 1. Pertama - RM 200

2. Kedua - RM 150

3. Ketiga - RM 100

4. Keempat dan seterusnya akan mendapat saguhati.

Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Biro Perhubungan dan Rekreasi (En Azli B. Ismail)

*** Tarikh telah dipinda mengikut kesesuaian, peserta akan diberitahu jika terdapat sebarang perubahan.

Pendaftaran Sekolah Agama Darul Islam

Sukacita dimaklumkan bahawa Sek. Agama Darul Islam telah menerima pendaftran kemasukan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk sessi 2011. Semua penduduk TDM yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran pada En. Muhammad Haswar (Pengerusi TDM) atau mendaftar terus dipejabat Sek Agama Darul Islam.

Friday, December 10, 2010

Short neurological test


1- Find the C below. Please do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- If you already found the C, now find the 6 below.

99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
69999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999

3- Now find the N below. It's a little more difficult.

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you're far from having a close relationship with Alzheimer.

Congratulations!


_______________________________________________________________________________
part 2
eonvrye that can raed this rsaie your hnad.

To my 'selected' strange-minded friends:
If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with 'yes' in the subject line.

Only great minds can read this
This is weird, but interesting!

If you can raed this, you have a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Sunday, October 31, 2010

Penubuhan Sekolah Agama Darul Islam

Makluman kepada semua penduduk TDM, Sekolah Agama Darul Islam, Taman Daya Maju akan dibuka dibangunan kedai kedai 2A. Penubuhan sekolah agama tersebut bertujuan untuk mengurangkan jumlah murid yang terlalu ramai di SRA Meru dan sasaran murid adalah anak-anak penduduk di sekitar Jalan Kenangan, Jalan Paip, Kampung Budiman, Jalan Cempaka dan taman-taman perumah sekitar Meru. Penubuhan sekolah tersebut juga adalah kerjasama daripada pihak Masjid As-Syarif, Surau Darul Islam, Surau Al-Mahmun, Surau Solihin dan pihak PPTDM sendiri.

Bagunan kedai terbabit akan mula diubahsuai mulai bulan November 2010 dan dijangka beroperasi pada mulai bulan Januari 2011. Sebahagian kawasan tanah lapang di Jalan 2A juga akan dijadikan padang sekolah. Segala pertanyaan lanjut boleh menghubungi En. Muhamad Haswar Ehwan (Pengerusi PPTDM) dan En. Suhaimi Samsudin )Naib Pengerusi PPTDM).

Kejohanan Futsal Di Arena Telok Gadong

Sukacita dimaklumkan bahawa PPTDM telah menubuhkan satu pasukan Futsal bawah 15 tahun untuk menyertai kejohanan futsal di Arena Telok Gadong. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 23 Oktober 2010 (Sabtu) dan pasukan Daya Maju Jr telah bermain sehingga pusingan kedua sebelum memberi kemenangan pada pasukan Kalumpang F.C. Tujuan penubuhan pasukan futsal ini adalah untuk menggalakkan penglibatan remaja-remaja TDM dalam pelbagai aktiviti riadah yang sihat. Pihak PPTDM bercadang untuk menyertai satu lagi kejohanan serupa pada bulan Disember ini dan diharap pasukan Futsal Daya Maju Jr akan terus menyerlah.

Derma Darah Anggota RELA Platun 0293 TDM


Pada oktober 2010 (Ahad), seramai 14 anggota RELA kawasan TDM telah menyertai kempen derma darah yang telah diadakan di Dewan Pejabat Daerah Klang. Walaupun terpaksa menunggu giliran hampir 6 jam, akhirnya anggota-anggota RELA TDM berjaya mendermakan darah masing-masing untuk kegunaan HBTAR Klang. Diharapkan lebih ramai anggota RELA TDM akan menyertai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti ini pad amasa-masa kana datang.

Wednesday, September 29, 2010

Amaran - Demam Denggi !!!!!!

Aedes Pembawa Denggi



DEMAM DENGGI SEDANG MEREBAK DIKAWASAN TDM

Telah mencatatkan sebanyak 2 kes DEMAM DENGGI sehingga kini.

Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes di dalam rumah.
1. Pasu Bunga.
2. Kolam (kolah) mandi.
3. Dulang perangkap air peti sejuk.
4. Tangki simpanan air.
5. Lain-lain bekas menyimpan air.

Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes di luar rumah.
1. Tayar buruk.
2. Tempurung, buluh dan plastik yang boleh menakung air.
3. Botol atau gelas yang bolwh menakung air.
4. Saluran air hujan.
5. Tunggul pokok pisang, buluh atau keladi.



Kawalan/pencegahan pembiakan nyamuk Aedes.
1. Bersihkan dan tukar air dalam bekas yang boleh menakung air seperti pasu bunga, kolah mandi dan sebagainya.
2. Tutup semua bekas menyimpan air bagi mencegah nyamuk bertelur
3. Masukkan semua bekas menyimpan air seperti tin dan botol ke dalam beg plastik dan buang ke tempat yang disediakan.
4. Pastikan saluran air hujan tidak tersekat.
5. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (TEMEPHOS) mengikut sukatan yang ditetapkan. (10 gm untuk 20 gelen air, tiga bulan sekali.



LUANGKAN MASA 10 MINIT SEMINGGU UNTUK MENCARI DAN MEMUSNAHKAN TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK

Monday, July 5, 2010

Tips Menghalang Kecurian (Di dalam Rumah)

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). Biarkan kucing jer tidur situ.

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun). Alternatif lain...bukak paip dalam rumah pulak biar pencuri konfius

4. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...)

5. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).

6. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga!

7. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing dikawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)

8. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.

9. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. Pastikan handphone ada cukup bateri

10. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. Selain hafal nombor tu..pastikan jugak kredit ada(untuk prepaid user sahaja)

11. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. OK ni

12. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. Jiran pun boleh jadi pencuri per.. kat taman ni tak der la.

15. Tambah kunci pendua untuk kereta yang diletakkan diluar rumah, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri). Jom lambatkan pencuri...

16. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. Sebelum kunci.. pastikan pencuri tu belum masuk bilik!

17. Sekurang2 nya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yg ganas. Juga bola hoki untuk baling pencuri tu nanti

18. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat. Ok.. ok..

Saturday, July 3, 2010

Rombongan Ke Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak

Pihak PPTDM akan menganjurkan satu program rombongan Ke Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak pada ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Ogos 2010
Hari : Ahad
Masa Bertolak : 8.00 Pagi
Masa Balik : 3.00 Petang (jangkaan)
Bayaran : Dewasa : RM30 (termasuk tiket)
Kanak-kanak <12 tahun : RM28 (termasuk tiket)
Kanak-kanak <4 tahun : RM20 (termasuk tiket)
Bayaran adalah untuk satu tempat duduk di dalam bas dan untuk satu tiket masuk ke Hot Spring sahaja.



Sehubungan dengan itu, semua ahli PPTDM dijemput mengikuti program rombongan tersebut. Borang tinjauan penyertaan telah disertakan di dalam Buletin Taman Daya Maju bulan Jun 2010. Sila kembalikan borang tinjauan tersebut kepada AJK jalan masing-masing sebelum atau pada 8 Julai 2010 (Rabu)

Ahli PPTDM yang bersetuju mengikuti rombongan ini dikehendaki mengikuti rombongan dengan menaiki bas dan tidak dibenarkan mengekori bas dengan kenderaan lain.

Sekian Terima Kasih

Yang benar
En. Muhammad Haswar B. Ehwan
Pengerusi
Persatuan Taman Daya Maju
41050 Meru

Memangku Tugas

Untuk makluman semua penduduk, tugas Setiausaha PPTDM telah diambil alih oleh Naib Setiausaha iaitu En Shazali B. Musa. Ini kerana Setiausaha PPTDM iaitu En. M Khairulnizam B. Misnan telah meletak jawatan atas sebab-sebab peribadi. Pihak PPTDM menghormati keputusan tersebut dan berharap tugas pemangkuan Setiausaha dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Gotong-royong

Satu program gotong-royong akan dianjurkan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 1 Ogos 2010
Masa : 8.00pg - 12.00tgh
Tempat : Sekitar TDM

Semua penduduk diharap mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyertainya dan dikehendaki berkumpul di Dewan Komuniti TDM untuk agihan tugas dan alatan(jika ada)

Penempatan Warga Asing

Dimaklumkan kepada semua warga TDM bahawa pihak Top Glove telah berunding dengan pemaju untuk membeli bangunan Add Merit untuk dijadikan asrama pekerja warga asing. Sehubungan dengan itu, pihak PPTDM telah mengusahakan satu bantahan kepada pihak-pihak yang berkenaan agar perkara tersebut dapat dielakkan. Sokongan semua warga TDM amat diperlukan dan diharapakan semua warga TDM dapat bersama-sama membantah sekeras-kerasnya cubaan untuk menempatkan warga asing dikawasan TDM. Segala cadangan dan pertanyaan boleh diajukan kepada semua AJK PPTDM

Taklimat Keselamatan PPTDM Bersama PDRM


Sukacita dimaklumkan, satu taklimat akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 5 petang - 7 petang
Tempat : Dewan Komuniti TDM
Kehadiran : Semua Warga TDM ( tanggungjawab anda untuk hadir bersama-sama anak-anak)

Taklimat anjuran PPTDM bersama PDRM ini diadakan rentetan daripada kejadian-kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini, khususnya cubaan culik terhadap anak En. Kesevan. Hasil daripada taklimat ini diharapkan penduduk, khususnya kanak-kanak akan lebih berwaspada terhadap ancamnan jenayah yang bakal terjadi.

Isu Keselamatan

Sepanjang bulan Mei dan Jun beberapa kejadian telah direkodkan oleh Biro Keselamatan TDM. Rentetan kejadian-kejadian ini, pihak PPTDM menekankan sekali lagi tentang sikap waspada dan prihatin terhadap sebarang perlakuan yang mencurigakan oleh pihak-pihak luar. Disini dicatatkan beberapa kejadian yang telah berlaku disekitar TDM :
1. Tarikh : 25 Mei 2010 (9.00 pagi)
- Kecurian bateri kereta dirumah En. Shazali (Jalan 2E)

2. Tarikh : 2 Jun 2010 (2.00 ptg)
- Cubaan culik ke atas anak En. Kesevan (Jln 2D)
- Kejadian berlaku di hadapan Add Merit

3. Tarikh : 5 Jun 2010 (7.00 pg)
- Warga asing disamun di hadapan Add Merit

4. Tarikh : 13 Jun 2010
- Segelentir penduduk mendakwa tertipu dengan individu yang melakukan kutipan derma untuk membina surau

5. Tarikh : 16 Jun 2010 ( 2.00 ptg)
- Kecurian tangga dirumah En Mohamad (Jln 2C)

Tuesday, June 22, 2010

RELA SELANGOR PLATUN 0293

Kepada,

Semua Ahli RELA Platun 0293

Adalah dimaklumkan bahawa Platun 0293 RELA Taman Daya Maju akan mengadakan mesyuarat pada ketetapan berikut :

Tarikh : 27.06.2010
Hari : Ahad
Masa : 9.05 Malam
Tempat : Dewan Komuniti Taman Daya Maju

Agenda Mesyuarat :
1. Kata Aluan dari Koperal
2. Ucapan Ketuan Platun
3. Berita terkini RELA Selangor
4. Insurans ahli
5. Cadangan dan Usul
6. Hal-Hal Lain

Kehadiran tuan adalah amat diharapkan
Kepada ahli yang ingin membawa juadah adalah dialu-alukan


Yang Benar
Muhammad Haswar Bin Ehwan
Koperal
Rela Platun 0293

Monday, June 21, 2010

PANDUAN KESELAMATAN SEMASA BERCUTI

Kepada semua penduduk TDM yang ingin bercuti atau balik kampung diharap dapat mengikuti beberapa panduan untuk tujuan keselamatan seperti :-
1. Pastikan semua pintu telah dikunci. Gunakan kunci tambahan jika perlu.
2. Beritahu jiran anda yang anda sedang bercuti supaya jiran anda dapat memantau rumah anda.
3. Pastikan semua punca aip paip telah ditutup untuk mengelakkan pembaziran.
4. Pastikan peralatan elektrik seperti seterika, komputer dan sebagainya telah dimatikan.
5. Kenderaan seperti motosikal yang ditinggal haruslah dikunci dengan kunci tambahan.

Tuesday, April 13, 2010

Jemputan ke Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Anjuran PPTDM sesi 2010/2012

Kepada : Semua penduduk TDM beragama Islam

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PPTDM akan mengadakam satu majlis bacaan Yassin dan Tahlil seperti butiran yang berikut :

Tarikh : 18 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.05 Malam
Tempat : Dewan Komuniti TDM (padang permainan

Sumbangan ikhlas berbentuk kewangan untuk menjayakan majlis tersebut amat dialu-alukan. Sumbangan boleh diberikan kepada AJK jalan masing-masing.

Jalan 2B - En. Adam B Sahak
Jalan 2C - En. Suhaimi B Sidek
Jalan 2D - En. Ruslee B Yaakob
Jalan 2,2E dan F - En. Asmadi B Ali

Dijemput hadir beramai-ramai bagi memantapkan ukhuwah yang sedia terjalin di dalam komuniti TDM.

Mesyuarat dan Taklimat Rela Platun 0293

Adalah dimaklumkan bahawa Platun 0293 RELA Taman Daya Maju akan mengadakan mesyuarat pada ketetapan berikut :

Tarikh : 16.04.2010
Hari : Jumaat
Masa : 9.05 Malam
Tempat : Dewan Komuniti Taman Daya Maju

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Ketua Platun
2. Kad Kuasa RELA
3. Jadual Kawad
4. Pakaian seragam dan kelengkapan
5. Insurans kemalangan
6. Latihan menembak
7. Hal-hal lain

Sehubungan dengan itu semua anggota RELA Platun 0293 dijemput hadir.

Thursday, April 8, 2010

Kempen Menderma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Aturcara Kebajikan Pekerja NHFHB bersama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) akan menganjurkan Kempen Menderma Darah dengan butir-butir dinyatakan di bawah:

Tempat : Kawasan Pemunggahan di Gudang New Hoong Fatt
Tarikh : Ahad, 18hb April 2010
Masa : 10:00 pagi hingga 3:00 petang

Kempen Menderma Darah ini adalah terbuka kepada ORANG AWAM dan semua pekerja NHF adalah dialu-alukan untuk menyertai kempen ini. Pekerja adalah digalakkan untuk membawa ahli keluarga dan kawan-kawan untuk menyertai aktiviti ini. Sebagai tanda penghargaan, “cenderahati” (keutamaan diberi kepada penderma darah terawal) dan Sijil Penghargaan daripada HTAR akan diberikan kepada mereka yang telah menderma darah.

Selain daripada menderma darah, sesiapa yang hadir pada ke kempen tersebut dapat memanfaatkan dirinya dengan program yang diadakan seperti berikut:

1. PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA PERCUMA daripada Jabatan Kesihatan Daerah Klang yang meliputi pemeriksaan berikut:
(a) Pemeriksaan ‘Pap Smear’ untuk wanita;
(b) Pemeriksaan BMI (Body Mass Index) ;
(c) Pemeriksaan Tekanan Darah; dan
(d) Sesi Kaunseling (5 hingga 10 minit selepas Pemeriksaan Kesihatan)

2. Memberi lebih pendedahan berkaitan “Informasi Kesihatan” di “BOOTH KESIHATAN”

3. Lawatilah “BOOTH ALAT GANTI AUTOMOBIL” dan dapatkan diskaun sekiranya anda dapat menderma darah (keutamaan diberi kepada penderma darah terawal).


“SAYA MENDERMA DARAH, SAYA MENYELAMATKAN NYAWA!”

GOTONG ROYONG KAWASAN DALAMAN MASJID ASY SYARIF MERU

Biro Penyelenggaraan dan Pembangunan Masjid Asy Syarif Meru akan mengadakan program gotong royong. Gotong royong ini bertujuan membesih kawasan dalaman dalam masjid termasuk peralatan seperti kipas angin, vacuum kapet, mengelap cermin tingkat dan pintu. Oleh itu pihak masjid menyeru semua jemaah agar dapat meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Tarikh dan masa adalah seperti berikut.

TARIKH : 28 MAC 2010

MASA : 8.30 PAGI

Sarapan pagi disediakan

Gambar sekitar - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 4 PPTDM 2010

Maaf kerana lambat memasukkan gambar-gambar berikut. Lagi Gambar di http://www.facebook.com/album.php?id=1114463152&aid=2036772&s=0&hash=5f66ced9df817813e35747b58e1925c6






Info Terbaru dari Presiden PPTDM

Sekali lagi aku dipilih utk menerajui PPTDM utk 2 tahun lagi( lama tu).Patutnya aku nk rehat la pulak bg org lain.Harap lps ni kita bg peluang kt org lain pulak tunjuk bakat.

1.Mesyuarat pertama AJK 2010/2012 selamat dijalankan.Perlantikan AJK lantikan telah dibuat seperti berikut.

1.En Azly Ismail 2C
2.En Syed Muhayazan 2D
3.En Ramulu 2B
4.Pn Noriah 2B
5.Pn Norita Ismail 2C
6.Pn Zaharah 2D
7.Pn Saharah 2E
8.Pn Selvamery 2D

TAHNIAH....

2. Perlantikan AJK Biro dan Pembahagian tugasan biro juga
selamat dijalankan.

3. Aktiviti terhampir adalah :
1. Majlis Tahlil,bacaan Yassin dan doa selamat pada
18.04.2010 di dewan TDM.Surat jemputan akn diedarkan.
2. Hari Keluarga TDM pada 09.05.2010
3. Pertandingan Futsal @ boling pada bulan Mei.Tarikh akan
dimaklumkan.

4. Mesyuarat khas PASUKAN RELA PLATUN TDM akan
diadakan pada 16.01.2010 jam 9.05 mlm di dewan
TDM.surat akn diedarkan nnti.

5. Nampaknya ajk2 baru bersemangat dan mula
bersuara.positif dan inovatif.

'MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'

SEMOGA KITA AKAN MENJADI TAMAN YG TERBAIK DI MERU..

Isu Kenderaan Berat dan Aduan Penduduk

Dimaklumkan bahawa satu kata sepakat telah dicapai antara pihak PPTDM dengan pemilik kenderaan berat. Mulai Mac , semua kenderaan melebihi 3 tan akan diletakkan di luar kawasan TDM ( bukan dijalan TDM)

Sehubungan dengan ini, semua penduduk disaran agar merujuk dahulu kepada pihakPPTDM jika masih tidak berpuas hati dengan keadaan sekarang ini. Aduan secara individu kepada pihak-pihak berwajib adalah tidak digalakkan memandangkan pihak PPTDM adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan yang berdaftar secara sah dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Penduduk diminta merujuk dahulu kepada pihak PPTDM jika ingin membuat aduan agar tidak berlaku kekeliruan diantara Pihak Berkuasa, PPTDM dan individu-individu yang diadukan oleh pengadu. Segala maklumat yang disampaikan ini adalah untuk kesejahteraan bersama agar persekitaran TDM lebih harmoni tanpa wujud perasan curiga dikalagan penduduk pada masa akan datang.


Thursday, February 25, 2010

Insan Cemerlang Ummah Cemerlang

Tamanku mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua penduduk TDM yang beragama islam, marilah kita  bersama-sama menghayati hari bersejarah, hari kelahiran Junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W.


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

 

Friday, February 12, 2010

Gotong Royong TDM pertama tahun 2010

Penduduk Taman Daya Maju telah berjaya menganjurkan gotong royong perdana kali pertama tahun 2010, pada 07/02/2010. Bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 1.36 petang. Sambutan daripada penduduk amat memuaskan walaupun masih terdapat segelintir penduduk yang tidak dapat turut serta dalam gotong royong ini.



Gotong royong ini merupakan aktiviti wajib bagi taman ini pada setiap tahun, bertujuan membersihkan longkang, kaki lima dan seluruh kawasan taman ini. Aktiviti ini amat penting bagi taman kita untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan Taman Daya Maju ini. Juga mengelakkan pembiakan binatang2 pembawa penyakit seperti tikus dan nyamuk. Selain itu aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara penduduk yang mendiami taman ini.



Pihak PPTDM mengucapkan terima kasih kepada pihak MPK yang membantu menyediakan 2 buah lori sampah dan peralatan untuk gotong royong tersebut. 

Penduduk TDM juga telah memasang papan tanda Taman Daya Maju yang baru disimpang masuk ke taman ini.

Semoga penyertaan yang lebih ramai untuk gotong royong perdana kali kedua 2010 nanti.

Info Terbaru Dari Presiden TDM

1. GOTONG ROYONG 1ST THN 2010 TDM DAH SELESAI.KITA BUAT GTG RYG 1 THN 2 KALI PUN LORI SMPAH MASIH PENUH...TAHNIAH!!! RAMAI GAK YG TURUN TP % MASIH TAK PUASKN HATI PPTDM START LWT SIKIT KUL 8.30 TP STILL OK...LORI PUN SAMPAI TIME TU. LAST SEKALI GENG KITA PASANG SIGNBOARD BARU KT JLN DEPAN BETUL2 HABIS KUL 1.36 PM

- MCM2 HAL YG TAK PANDAI NK KUAR...
ADA YG KAT DLM UMH TAK KUAR,TP PTG BLEH PLAK KUAR BORAK2
ADA YG 4-5 KALI NAIK KETA KUAR MSUK...SELAMBA JE
ADA YG BASUH KETA MASA TIME ORG SIBUK2 KEJA
ADA YG DH 4 TAHUN KITA BUAT GTG RYG TP TAK PERNAH JOIN
ADA YG INTAI2 DARI DLM UMAH JE,KETA SUME ADA KT UMAH

SAMPAI HATI MEREKA NI BUAT MCM TU KT DLM MASYARAKAT KITA YE..TOLONG BG CADANGAN CAMNE NK BUAT BG DIAORG SEDARRRR...

2. PLATUN RELA TDM DAH HANTAR BORANG PERMOHONAN HARI JUMAAT TP BETUL2 START PROSES HARI NI 8/2/2010.,,KAD SIAP DLM MASA 30 HARI. BILA KAD ANGGOTA SIAP AKN ADA SATU TAKLIMAT DR PEGAWAI RELA KLANG. SEMUA ANGGOTA HARAP SEDIA...ANDA ADALAH ANGGOTA PAKAIAN SERAGAM YG DIIKTIRAF DAN NO 3 SELEPAS TENTERA & POLIS...JGN BIKIN MALU. SUKARELAWAN POLIS JUGA SEDANG DIBUKA : UMUR 18 - 40 THN. LAIN2 SYARAT BOLEH RUJUK SYA JIKA BERMINAT...

3. PEMBELIAN KHEMAH TDM TELAH DIBUAT.( MAKLUMAN DR EN SAZALI)AKAN SIAP DLM MASA TERDEKAT ( SBLM MEETING PEMILIHAN AJK BARU)

4. CADANGAN BUAT COURT BOLA TAMPAR KT TAMAN BOLEH MAIN SEMINGGU SEKALI..KUARKN PELUH.. BOLA TAMPAR LEH MAIN RAMAI ORG DAN INILAH MASANYA NAK MENAMPAR YG TAK BOLEH DIREPOT POLIS..

5. TUNTUTAN GTG RYG AKN DI BUAT KE PJBT ADUN...HARAP2 DAPAT TMBH DANA TDM.

6. EN SUHAIMI CIKGU AKAN SIAPKN SURAT CADANGAN PEMBINAAN PAGAR BATU DI LOJI INDAH WATER.TINDAKAN SETERUSNYA EN SHAZALI.

7. KEPADA YG DAH DAPAT BIL CUKAI TANAH, APA LG BAYAR LEE....

SEKIAN..

Sunday, January 31, 2010

Cara dan Tips mengesan kecacatan masuk rumah baru

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Air.
1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, 'shower' dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.
2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.
3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
5. Priksa paip air dalam semua bilik air. Periksa satu persatu.
6. 'Drain pipe' untuk penghawa dingin. Masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimik sahaja).
7. Periksa juga mangkuk tandas. Kalau air tidak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.


Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Elektrik
1. Hidupkan suis utama, kemudian 'on' kan suis fius satu persatu...
2. Periksa dan uji Soket 3-pin satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecil.
3. Periksa dan uji semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tidak boleh ditekan.
4. Ketuk tepi semua soket/suis.. pastikan merekaa menyimen bahagian tepi tersebut. Dikhuatiri ada ruang kosong, ia mudah pecah.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Jubin (Tiles)
1. Periksa satu persatu jubin di dalam rumah itu, ketuk, jika bunyi kosong, pecahkan sahaja dan minta pemaju tukar.
2. Kalau ada yang pecah sikit atau retak, minta tukar juga.
3. Kena periksa semua tempat, di bawah sinki, 'wash basin' dan tempat tersorok.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Pintu dan Kunci
1. Tukar semua kunci depan dan belakang. Sebab keselamatan, mungkin sudah disalin
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood mudah dipecahkan. Gunakan kunci yang lebih berkualiti.
3. Jika tidak menukar pagar utama, pastikan pagar itu tak boleh diangkat pada engselnya.
4. Pintu di pagar belakang juga perlu dikunci, pasang 'padlock' yang 'weatherproof'.
5. 'Sliding door', pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang, letak pada 'rel sliding' supaya tidak boleh ditolak darippda luar.
6. Gunakan 'padlock' yang berkualiti. 'Padlock' yang baik seperti ABUS & ABLOY mungkin terlalu mahal. Gunakan YALE, SOLEX atau setara dengannya.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan 'Grill' besi atau Geriji
1. Rekabentuk mengikut kemampuan, tetapi mesti yang kukuh, sebab ada rekabentuk yang guna besi halus, mudah dipotong nanti.
2. Gunakan kunci 'double lock', boleh tambah selak atau kunci daripada dalam.
3. 'Mounting' ke dinding, terutama tingkap mesti kuat, skru juga mesti cukup kuat, kalau boleh gunakan besi yang ditanam dan kimpal ketingkap.
5. Jika menggunakan 'grill' yang boleh dibuka (untuk keselamatan), pastikan tidak boleh dibuka daripada luar, nanti mudah perompak pecah cermin dan buka.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan bumbung, atap atau siling.
1. Jika boleh naik kebumbung, cuba lihat keadaannya, pastikan semua berkeadaan baik.
2. Semasa hujan, tunggu dalam rumah dan periksa siling, selalunya semasa hujan lebat barulah kebocoran atap dapat dikesan.
3. Pastikan tiada atap 'concrete' yang retak, pecah atau sumbing, minta pemaju menukar dengan segera.
4. Jika boleh masuk ke atas siling, periksa sambungan kayu yang menyokong bumbung. Pastikan kayu tersebut elok keadaannya dan sambungannya betul, bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung.
6. Periksa juga jika terdapat anai-anai yang bersarang pada kayu-kayu tersebut.
7. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah baik keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan.


Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan tangki air
1. Perlu naik atas siling, periksa tangki air, yang penting periksa kekuatan penyokong kedudukannya.
2. Tengok didalam tangki tersebut, dikhuatiri terdapat benda asing. Bersihkan tangki air daripada kekotoran, batu,pasir dan sebagainya.
3. JIka ada perancangan untuk memasang 'Outdoor filter', mereka akan bersihkan tangki air itu sekali. Minta pakar yang melakukannya.
4. Periksa paip limpah, jika pelampungnya rosak, kemana air itu mengalir.

Wednesday, January 27, 2010

INFORMASI PENGERUSI PPTDM.

1. GOTONG ROYONG TDM - 06.02.2010 jam 8.05 ~ 12 TGH..
Harap semua ahli dapat meluangkn masa, jangan harapkan org lain membersihkan kawasan rumah anda!!!
Makanan/minuman tabaruk dari setiap keluarga dan pamerkn disetiap jalan masing-masing. Sebahagian kawasan telah dibersihkn oleh ahli (ahli jalan 2B) yang tak sabar nak gotong royong,tahniah!!!..tak pasti mereka dapat tender,sukarela atau apa2 saja,apapun tahniah sekali lagi...

2. Kuota penyertaan ahli RELA telah berjaya dilengkapkan.BORANG PERMOHONAN PLATUN RELA TDM akan diserahkn kepihak berkenaan pada 29.02.2010.

3. MESYUARAT AGONG PPTDM dan Penubuhan KRT TDM dijadualkan pada 07.03.2010 jam 8.05 mlm. Jadilah ahli berdaftar yg aktif,pilihlah pengerusi seterusnya yang berwibawa yg dapat sentiasa membawa impak positif kpd PPTDM.Semoga kita menjadi taman contoh di kampong MERU.'usahlah sekadar pandai bercakap tapi tak berani bertindak'

4. Maklumat dari pejabat ALAM SEKITAR MPK, pemotongan rumput dalam taman kita adalah dibawah seliaan ALAM FLORA, dan difahamkan ALAM FLORA kekurangan kakitangan. Saya sedang berhubung dengan pegawai ALAM FLORA berkenaan masalah rumput ni.

5.Masalah PAKIR LORI BERAT di DALAM KAWASAN TAMAN.
Telah ada kerjasama dgn akhbar SINAR mengenai apa tindakan MPK @ LPKP tentang tindakan seterusnya setelah banyak saman dikeluarkan..tunggu action mereka. Kalau tak jalan jugak,kena deal ngan KARAM SING WALIA....

6. PPTDM telah membeli 1 buah khemah 20X20 dan 10 buah meja utk kegunaan PTDM.Peralatan tersebut juga akan disewakn kepada AHLI PPTDM dengan kadar yang akan ditentukan kemudian( lebih murah dari harga pasaran).Semoga dengan adanya peralatan ini akan memudahkn PPTDN dan ahli2nya.


sekian terima kasih.

Thursday, January 14, 2010

Selamat menyambut Hari Ponggal kepada Penduduk TDM beragama Hindu



Hari Thaiponggal (bahasa Tamil: தைப்பொà®™்கல்) merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari raya Thaiponggal ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggal disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar.

Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggal pada minggu kedua bulan Januari.

Perayaan ini disambut selama empat hari dan setiap hari mempunyai nama tersendiri iaitu Bhogi Ponggal, Surya Ponggal, Mattu Ponggal dan Kanni Ponggal."

Pendingin Hawa Kereta


Bukalah tingkap terlebih dahullu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser(carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser disamping punca keguguran.
Sumber diperolehi daripada Http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.

Monday, January 11, 2010

Pembersihan Longkang Besar

Longkang besar di hadapan Kolej Addmerit telah dibersihkan oleh pihak MPK. Pengaliran air dikawasan TDM kini bertambah baik dengan adanya aktiviti pembersihan tersebut. Sehubungan dengan itu, penduduk TDM disarankan agar tidak membuang segala bentuk sampah sarap ke dalam longkang masing-masing. Ini bagi mengelakkan sampah-sampah tersebut berkumpul dan mengakibatkan longkang tersebut menjadi sumbat kembali.

"Jangan jadikan longkang sebagai tong sampah anda"

Kemalangan

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat beberapa penduduk TDM yang telah mengalami kecelakaan di tempat kerja dan semasa menunggang motosikal. Pihak PPTDM mendoakan agar keadaan mereka yang berkenaan akan kembali sihat seperti sediakala.

Nama ahli yang terlibat
1. Rizalman (No.26 Jln 2E)
2. Aiman ( Anak Mohd Zain Jln 2D)
3. Mohamad (Kedai burger jalan 2C)

Pendaftaran RELA PLATUN TDM 2010


Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran RELA PLATUN TDM telah hampir selesai. Pihak PPTDM akan menganjurkan satu taklimat bersama Ketua RELA kawasan Meru/Ketua JKKK Kampung Meru pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak atau selewat-lewatnya pada akhir bulan Februari 2010. Pihak PPTDM juga ingin menjemput golongan wanita di TDM untuk menyertai Platun yang akan ditubuhkan ini dibawah status RELAWATI. Jika berminat sila hubungi AJK PPTDM di jalan masing-masing.

Gemilang UPSR dan PMR TDM 2009

PPTDM mengucapkan tahniah kepada anak-anak penduduk TDM yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Berikut adalah senarai nama pelajar-pelajar tersebut :

UPSR 5A
1. Ain Natasya Binti Azman (NO.3 Jln 2B)
2. Muhammad Izzat Azreen B. M Rozali (No.15 Jln 2C)

PMR 8A
1. Nurul Amira Binti Azman (NO.3 Jln 2B)

Diharapkan pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan pada masa-masa yang mendatang

Thursday, January 7, 2010

Wednesday, January 6, 2010

MENGUAP MENURUT ISLAM

Dihantar melalui e-mail oleh
muhamad haswar (
cuwat_88@yahoo.com)

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:“Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”.
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah”selepas menguap.

Sekian, wallahua’lam

Peta Taman Daya Maju

 Lembah Klang


Dari Pekan Meru

Sunday, January 3, 2010

Hari Pertama Berkerja ditahun 2010

Hari ni hari pertama kebanyakan dari penduduk Taman Daya Maju ini mula berkerja. Hari ni hari pertama jugak anak-anak kita bersekolah, tentu macam-macam ragam. Yang pernah sekolah tadika tu rasanya tak der la banyak masalah, yang baru masuk tadika atau Pra tu tentulah mak atau ayah kene tunggu sampai habis sekolah. Yang berkerja tu kerje la rajin2 mana tau tahun 2010 ni dapat naik pangkat atau naik gaji lebih atau bonus lebih. hehehehe.....

Doa Menhadapi Hari Baru
Ya Allah, ya Tuhan ku, sesungguhnya hari ini adalah kejadian yang baru, maka bukakanlah kepada ku pintu ketaatan kepadaMu, sudahkanlah ia dengan keampunan dan keredhaan daripadaMu, kurniakanlah aku padanya kebaikan yang Engkau makbulkan dan gandakanlah ia untuk ku. Seandainya daku melakukan kejahatan padanya maka ampunkanlah daku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, juga Maha penyayang dan Maha Mulia.
(Doa Nabi Ibrahim, Ihya' Ulum al-Din, Tabaqat al-syaf'i al-Kubra)

Selamat Menyambut Tahun Baru

Tamanku mengucapkan selamat menyambut tahun Masihi 2010 dan tahun Hijrah 1431.
Semoga tahun ini menjadi tahun yang cemerlang bagi semua penduduk Taman Daya Maju ini.

Doa Awal Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan kesejahteraan kepada utusan Allah yang paling mulia, juga kepada keluarga Baginda dan Sahabat-sahabat Baginda semuanya.

Wahai Allah, wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang sedia ada tiada awal dan akhir bagiMu. Sesungguhnya kelebihanMu yang amat besar dan kemurahanMu yang melimpah sangat diharap-harapkan. Kini tahun baru telah tiba, bersempena ini kami memohon kepadaMu perlindungan menghadapi syaitan yang dilaknat, kuncu-kuncunya dan tentera-tenteranya. Kami juga memohon pertolonganMu untuk mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong kepada kejahatan. Kami juga memohon kepadaMu agar kami sentiasa sedia ingin melakukan perkara yang mendampingkan diri kepadaMu sehampir-hampirnya, wahai yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Dan Allah merahmati penghulu kami Muhammad,ahli keluarga dan Sahabat-sahabat Baginda semuanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian Alam.

Adakah anda telah menjelaskan yuran persatuan Anda?

Kutipan yuran sebanyak RM5 setiap bulan telah dipersetujui oleh semua AHLI dalam mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-1 2007. Kaedah kutipan adalah seperti berikut:

1. 3 bulan sekali : RM 15
2. 6 bulan sekali : RM 30
3. 1 tahun sekali : RM 60

Diharap semua ahli PPTDM dapat menjelaskan yuran mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya tunggakan. Sila hubungi AJK jalan masing-masing untuk keterangan lanjut. Jika terdapat masalah untuk menjelaskan yuran, sila berjumpa Pengerusi PPTDM

"SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN UNTUK SIMPANAN DANA TDM"