-

Taman Ku amat mengalu-alukan sebarang penulisan berkaitan dengan Taman Daya Maju ini. Sila e-mailkan sebarang berita, gambar atau apa saja yang anda fikir sesuai dengan blog ini ke tmndayamaju@gmail.com.

Sumbangan Anda Amat Dihargai.

Sunday, October 31, 2010

Penubuhan Sekolah Agama Darul Islam

Makluman kepada semua penduduk TDM, Sekolah Agama Darul Islam, Taman Daya Maju akan dibuka dibangunan kedai kedai 2A. Penubuhan sekolah agama tersebut bertujuan untuk mengurangkan jumlah murid yang terlalu ramai di SRA Meru dan sasaran murid adalah anak-anak penduduk di sekitar Jalan Kenangan, Jalan Paip, Kampung Budiman, Jalan Cempaka dan taman-taman perumah sekitar Meru. Penubuhan sekolah tersebut juga adalah kerjasama daripada pihak Masjid As-Syarif, Surau Darul Islam, Surau Al-Mahmun, Surau Solihin dan pihak PPTDM sendiri.

Bagunan kedai terbabit akan mula diubahsuai mulai bulan November 2010 dan dijangka beroperasi pada mulai bulan Januari 2011. Sebahagian kawasan tanah lapang di Jalan 2A juga akan dijadikan padang sekolah. Segala pertanyaan lanjut boleh menghubungi En. Muhamad Haswar Ehwan (Pengerusi PPTDM) dan En. Suhaimi Samsudin )Naib Pengerusi PPTDM).

Kejohanan Futsal Di Arena Telok Gadong

Sukacita dimaklumkan bahawa PPTDM telah menubuhkan satu pasukan Futsal bawah 15 tahun untuk menyertai kejohanan futsal di Arena Telok Gadong. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 23 Oktober 2010 (Sabtu) dan pasukan Daya Maju Jr telah bermain sehingga pusingan kedua sebelum memberi kemenangan pada pasukan Kalumpang F.C. Tujuan penubuhan pasukan futsal ini adalah untuk menggalakkan penglibatan remaja-remaja TDM dalam pelbagai aktiviti riadah yang sihat. Pihak PPTDM bercadang untuk menyertai satu lagi kejohanan serupa pada bulan Disember ini dan diharap pasukan Futsal Daya Maju Jr akan terus menyerlah.

Derma Darah Anggota RELA Platun 0293 TDM


Pada oktober 2010 (Ahad), seramai 14 anggota RELA kawasan TDM telah menyertai kempen derma darah yang telah diadakan di Dewan Pejabat Daerah Klang. Walaupun terpaksa menunggu giliran hampir 6 jam, akhirnya anggota-anggota RELA TDM berjaya mendermakan darah masing-masing untuk kegunaan HBTAR Klang. Diharapkan lebih ramai anggota RELA TDM akan menyertai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti ini pad amasa-masa kana datang.