-

Taman Ku amat mengalu-alukan sebarang penulisan berkaitan dengan Taman Daya Maju ini. Sila e-mailkan sebarang berita, gambar atau apa saja yang anda fikir sesuai dengan blog ini ke tmndayamaju@gmail.com.

Sumbangan Anda Amat Dihargai.

Sunday, January 31, 2010

Cara dan Tips mengesan kecacatan masuk rumah baru

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Air.
1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, 'shower' dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.
2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.
3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
5. Priksa paip air dalam semua bilik air. Periksa satu persatu.
6. 'Drain pipe' untuk penghawa dingin. Masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimik sahaja).
7. Periksa juga mangkuk tandas. Kalau air tidak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.


Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Elektrik
1. Hidupkan suis utama, kemudian 'on' kan suis fius satu persatu...
2. Periksa dan uji Soket 3-pin satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecil.
3. Periksa dan uji semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tidak boleh ditekan.
4. Ketuk tepi semua soket/suis.. pastikan merekaa menyimen bahagian tepi tersebut. Dikhuatiri ada ruang kosong, ia mudah pecah.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Jubin (Tiles)
1. Periksa satu persatu jubin di dalam rumah itu, ketuk, jika bunyi kosong, pecahkan sahaja dan minta pemaju tukar.
2. Kalau ada yang pecah sikit atau retak, minta tukar juga.
3. Kena periksa semua tempat, di bawah sinki, 'wash basin' dan tempat tersorok.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Pintu dan Kunci
1. Tukar semua kunci depan dan belakang. Sebab keselamatan, mungkin sudah disalin
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood mudah dipecahkan. Gunakan kunci yang lebih berkualiti.
3. Jika tidak menukar pagar utama, pastikan pagar itu tak boleh diangkat pada engselnya.
4. Pintu di pagar belakang juga perlu dikunci, pasang 'padlock' yang 'weatherproof'.
5. 'Sliding door', pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang, letak pada 'rel sliding' supaya tidak boleh ditolak darippda luar.
6. Gunakan 'padlock' yang berkualiti. 'Padlock' yang baik seperti ABUS & ABLOY mungkin terlalu mahal. Gunakan YALE, SOLEX atau setara dengannya.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan 'Grill' besi atau Geriji
1. Rekabentuk mengikut kemampuan, tetapi mesti yang kukuh, sebab ada rekabentuk yang guna besi halus, mudah dipotong nanti.
2. Gunakan kunci 'double lock', boleh tambah selak atau kunci daripada dalam.
3. 'Mounting' ke dinding, terutama tingkap mesti kuat, skru juga mesti cukup kuat, kalau boleh gunakan besi yang ditanam dan kimpal ketingkap.
5. Jika menggunakan 'grill' yang boleh dibuka (untuk keselamatan), pastikan tidak boleh dibuka daripada luar, nanti mudah perompak pecah cermin dan buka.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan bumbung, atap atau siling.
1. Jika boleh naik kebumbung, cuba lihat keadaannya, pastikan semua berkeadaan baik.
2. Semasa hujan, tunggu dalam rumah dan periksa siling, selalunya semasa hujan lebat barulah kebocoran atap dapat dikesan.
3. Pastikan tiada atap 'concrete' yang retak, pecah atau sumbing, minta pemaju menukar dengan segera.
4. Jika boleh masuk ke atas siling, periksa sambungan kayu yang menyokong bumbung. Pastikan kayu tersebut elok keadaannya dan sambungannya betul, bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung.
6. Periksa juga jika terdapat anai-anai yang bersarang pada kayu-kayu tersebut.
7. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah baik keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan.


Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan tangki air
1. Perlu naik atas siling, periksa tangki air, yang penting periksa kekuatan penyokong kedudukannya.
2. Tengok didalam tangki tersebut, dikhuatiri terdapat benda asing. Bersihkan tangki air daripada kekotoran, batu,pasir dan sebagainya.
3. JIka ada perancangan untuk memasang 'Outdoor filter', mereka akan bersihkan tangki air itu sekali. Minta pakar yang melakukannya.
4. Periksa paip limpah, jika pelampungnya rosak, kemana air itu mengalir.

No comments:

Post a Comment